Sukan

B. Sathianathan ketua jurulatih baru SUFC

KUCHING: Pengarah Teknikal Sarawak United FC (SUFC), B. Sathianathan dilantik sebagai ketua jurulatih sementara SUFC bagi menggantikan E. Elavarasan yang dilantik sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais yang dipetik berkata dalam Arena Suara Sarawak pada Khamis.

Menurut Datuk Posa yang juga Pengerusi SUFC, pelantikan Sathianathan (64) berkuatkuasa serta merta.

Katanya, FAS terpaksa mengambil langkah tersebut kerana kesuntukan masa memandangkan Liga Super 2022 akan bermula pada 4 Mac depan.

Sathia yang merupakan jurulatih skuad kebangsaan mempunyai pengalaman meluas dalam arena bola sepak tempatan..

Beliau pernah mengemudi pasukan utama Malaysia pada 2007 hingga 2009, serta pasukan Harimau Muda (Bawah 23 Tahun) pada 2006 hingga 2008.

Sathia juga adalah bekas pengendali Selangor pada 2018 hingga 2020, serta Kelantan, Felda United, ATM dan kelab ternama MPPJ.

Selepas meninggalkan Selangor pada 2020, beliau menyertai SUFC sebagai Pengarah Teknikal.

Sementara itu, FAS akan melancarkan jersi baharu pasukan SUFC untuk nenghadapi kempen Liga Super 2022 pada 3 Mac depan di pusat beli belah Mydin Petra Jaya bermula jam 7 malam.

Majlis pelancaran akan disempurnakan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *