Nasional Bahasa Melayu digunakan dalam setiap urusan rasmi negara

Bahasa Melayu digunakan dalam setiap urusan rasmi negara

1

BANGKOK: Malaysia menggunakan bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi negara termasuk dalam mesyuarat dan persidangan antarabangsa sebagai usaha memartabatkan bahasa Kebangsaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau menggunakan bahasa Melayu ketika mesyuarat dua hala dan sidang media bersama semasa lawatan rasmi di Brunei serta Kemboja dan Thailand.

“Rundingan saya di luar negara juga merupakan urusan rasmi kerajaan, oleh sebab itu, saya menggunakan bahasa Melayu,” kata Ismail pada akhir lawatan rasmi tiga hari beliau ke Thailand seperti dilaporkan Bernama.

Menurut beliau, perlu bangga dengan bahasa Melayu dan tiada sebab berasa janggal berbahasa Melayu ketika di luar negara kerana orang lain boleh bangga dengan bahasa masing-masing.

Tambah Ismail, penduduk di Asean paling banyak menggunakan bahasa Melayu dan tidak menolak kemungkinan bahasa Melayu dijadikan bahasa Asean kelak.

Ismail berkata enam negara menggunakan bahasa ibunda dalam urusan rasmi masing-masing, manakala empat lagi menggunakan bahasa Inggeris.

Previous articleKerajaan Sarawak serius budayakan integriti, tangani rasuah
Next articleKetua Menteri Sarawak kini bergelar Premier Sarawak, berkuatkuasa hari ini
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here