Dunia Balik kampung atau ‘mudik’ sempena Aidilfitri, terperangkap 15 jam atas jalan raya

Balik kampung atau ‘mudik’ sempena Aidilfitri, terperangkap 15 jam atas jalan raya

15

JAKARTA: Jutaan pengguna jalan raya Indonesia yang melakukan perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri terperangkap dalam kesesakan selama 15 jam. 

Menurut tinjauan oleh Kementerian Pengangkutan, lebih 85 juta rakyat Indonesia atau bersamaan 31 peratus jumlah populasi dijangka pulang ke kampung pada penghujung Ramadan tahun ini. 

Tradisi pulang ke kampung yang digelar sebagai ‘mudik’ dibenarkan selepas dua tahun dilarang bagi mencegah penularan COVID-19.

Seorang tukang gunting rambut, Iwan Patoni, 33, yang berasal dari Surakarta, Jawa Tengah, tetap bersyukur dapat pulang ke kampung walaupun kepenatan akibat mengambil masa terlalu lama di atas jalan raya. 

Katanya, dia mengambil masa selama 15 jam ketika bergerak dari wilayah Banten ke kampung halamannya.  

“Saya rasa sangat gembira sebab dapat mudik sekali lagi seperti sebelum pandemik. Sudah tentu peluang ini akan digunakan untuk beraya bersama ahli keluarga dan kenalan,” katanya. 

Bagi pelajar kolej, Dheamyra Aysha, 21, dia tersangkut dalam kesesakan jalan raya selama 10 jam, sedangkan perjalanan dari Bandung ke Jakarta hanya mengambil masa tiga jam. 

“Ini adalah pengalaman kali pertama saya berdepan perjalanan yang panjang. 

“Saya tidak akan dapat lupakan kenangan ini kerana langsung tidak dapat berhenti semasa memandu kereta,” katanya. 

Selain jalan raya, kawasan lapangan terbang, stesen kereta api dan terminal bas turut penuh sesak dengan orang ramai yang mula pulang ke kampung halaman.-AGENSI  

Previous articleSingapura sambut Hari Raya Aidilfitri hari ini
Next articleBeza perasaan terima duit tunai dan pindah ‘online’
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here