Tempatan

Bangunan rumah kedai musnah dalam kebakaran di Sungai Asap

BELAGA: Sebuah bangunan rumah kedai dua tingkat di Sungai Asap yang menempatkan lapan premis gerai makanan dan makanan termasuk Pejabat Sarawak Energy Sungai Asap musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi Ahad.

Menurut kenyataan dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, Bomba BBP Belaga dengan kekuatan tujuh petigas bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 5.29 pagi.

Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Uma Daro, Sungai Asap telah menerima awal maklumat kebakaran dan terus bertindak ke lokasi bagi memulakan operasi pemadaman sehingga berjaya mengawal kebakaran sebelum pasukan Bomba BBP Belaga tiba di lokasi.

Menurut Komander Operasi yang juga Ketua Balai BBP Belaga, PBK II Helmain Main, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati blok bangunan jenis tidak kekal dua tingkat itu musnah 100 peratus dalam kebakaran berkenaan.

Katanya, pasukan Bomba membuat kerja-kerja peringkat ‘overhoul’ dilakukan sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Operasi pemadaman turut dibantu anggota Polis, RELA dan SESCO. Ia ditamatkan pada jam 10 pagi. – EDISI UKAS

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *