Tempatan

Banjir kilat: 27 rumah di Kampung Peninjau, Bau dinaiki air

KUCHING: Seramai 27 buah rumah Kampung Peninjau, Bau dinaiki air sehingga 4 kaki susulan banjir kilat yang berlaku hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, ia melibatkan seramai 138 penduduk kampung.

“Kesemua mangsa berpindah sementara ke Gereja St Paulus Kampung Peninjau Baru sementara menunggu air surut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, pada ketika ini trend paras air surut dengan sangat perlahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *