Tempatan Bantuan dermasiswa ringankan beban ibu bapa hantar anak ke IPT

Bantuan dermasiswa ringankan beban ibu bapa hantar anak ke IPT

4

MIRI: Ibu bapa atau penjaga di kawasan Parlimen Sibuti yang anak mereka mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) agar memohon bantuan dermasiswa di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Sibuti. 

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata, bantuan dermasiswa ini adalah sebagai dorongan kepada pelajar untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi. 

“Pelajaran anak-anak adalah paling utama untuk melahirkan generasi yang berkualiti dan mampu menjadi insan yang bersama-sama menyumbang idea untuk membangunkan negara,” katanya semasa berucap dalam Penyerahan Bantuan Dermasiswa Kepada Pelajar IPT Parlimen Sibuti Taman Tunku pada Khamis. 

Ujar Lukanisman lagi, inisiatif ini juga bagi membantu meringankan beban ibu bapa ketika menghantar anak-anak mereka menyambung pelajaran di IPT. 

Selain Taman Tunku, turut diadakan penyerahan bantuan dermasiswa di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Sibuti di Pekan Bekenu. 

Seramai 18 pelajar menerima bantuan dermasiswa di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Sibuti di Taman Tunku Miri dan 38 orang lagi menerima di Pusat Khidmat Masyarakat Pekan Bekenu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM24,500.

Previous article1,371 dos vaksin telah dihantar ke fasiliti kesihatan seluruh bahagian Miri
Next articleDato Idris Buang dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Sarawak baharu
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here