KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, bantuan RM200 juga akan disedia kepada pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Menurutnya, bantuan berkenaan adalah insiatif kerajaan sementara kajian gaji dan elaun penjawat awam diperincikan yang mana ianya akan mengambil masa.
“Saya telah mengarahkan supaya Kementerian Kewangan dapat meluluskan dan menyalurkan bantuan ini dalam tempoh dua minggu dari sekarang,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian semasa Majlis Peluncuran “Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat” di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kuala Lumpur pada Khamis.
Anwar memberitahu, bantuan khas tersebut akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara.
“Dengan pemberian permulaan ini diharap penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat kerajaan dan pembaharuan ekonomi MADANI, memberi perkhidmatan terbaik sekaligus membantu ruang fiskal kerajaan agar kerajaan dapat merealisasikan gaji baru perkhidmatan awam menjadi kenyataan,”ujar beliau.
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/