Tempatan Bapa maut dalam kemalangan kendiri, anak masih tidak sedarkan diri

Bapa maut dalam kemalangan kendiri, anak masih tidak sedarkan diri

11

MUKAH: Seorang bapa maut apabila kereta dipandunya melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan kendiri di Jalan Orang Kaya Setia Raja di sini pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, kemalangan sekitar jam 1.40 petang itu berlaku ketika kereta terbabit bergerak lurus dari Kampung Tellian Laut menuju ke arah Pasar Baharu Mukah.

Memetik laporannya dalam Utusan Borneo, beliau berkata ketika sampai di suatu tempat di Jalan Orang Kaya Setia Raja, kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh sebatang pokok.

Menurutnya, pemandu kereta yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Hassan Rajak, 51.

Manakala, anak perempuannya, Nursyamimi Hasan, 21, dilaporkan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri di Hospital Mukah.

Kes disiasat di bawah Sekayen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak melaporakn kedua-dua mangsa dikatakan tersepit di dalam kereta tersebut. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articlePolis tahan lelaki Cina tempatan dan dua wanita Vietnam dalam operasi khas, rampas Dadah berjumlah RM40,540
Next articleKos Haji 2022 mencecah lebih RM25,000
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here