Nasional

Bayaran khas one-off kepada imam, siak, guru KAFA serta takmir dibuat hari ini

PUTRAJAYA: Kerajaan akan membayar sumbangan khas sebanyak RM600 secara one-off kepada imam, siak, guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta takmir mulai Isnin ini, demikian kata  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Menurut kenyataan media pada Sabtu, ia melibatkan 700 golongan tersebut dengan keputusan itu dibuat selepas sesi perbincangan bersama antara Kementerian Kewangan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ini.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa menghargai jasa bakti para murabbi ummah yang mendidik masyarakat selain berharap penyaluran sumbangan khas ini dapat memberi keceriaan kepada golongan ini dalam membuat persiapan sambutan Aidilfitri,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu telah mengumumkan pemberian bantuan khas kepada imam, siak, guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta takmir membabitkan peruntukan lebih RM40 juta.

Exit mobile version