Tempatan

Bazaar Ramadan Meditel HUS terbuka untuk semua, pengunjung luar dialu-alukan

KUCHING: Bazaar Ramadan Meditel 2024, kembali menyediakan peluang perniagaan kepada pengusaha tempatan serta kemudahan membeli juadah berbuka puasa kepada komuniti Hospital Umum Sarawak (HUS).

Timbalan Pengarah Hospital Umum Sarawak (HUS), Wan Samsulri Wan Hasbi berkata, sebanyak 39 tapak jualan beroperasi di Bazaar Ramadan Meditel 2024.

“Bazaar Ramadan ini merupakan kali ketiga kita mengadakannya sejak mula dilaksanakan pada tahun 2022 hasil kerjasama bersama Hospital Umum Sarawak dan Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (PERKIP),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian bazar tersebut hari ini.

Wan Samsulri mengalu-alukan mereka yang dari luar untuk datang ke bazar berkenaan kerana ia bukan hanya untuk pesakit sahaja tetapi untuk semua.

“HUS mesra kepada semua pengunjung,”tegasnya lagi.

Bercakap mengenai aspek kebersihan di Bazar Ramadan tersebut, beliau menekankan bahawa pihaknya sememangnya mempunyai Pegawia yang memantau.

“Kita memang ada Pegawai yang memantau di sini dari semasa ke semasa dan sebelum peniaga ini berjual di sini pun, mereka dikehendaki untuk mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ada juga suntikan untuk peniaga,” katanya.

Bazar Ramadan ini beroperasi bermula jam 1:30 petang hingga jam 7 malam sehingga 9 April depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *