Tempatan

Bazar Aidilfitri Satok mula operasi 23 Mac, Ramadan Unity Bazar mula operasi 21 Mac

KUCHING: Selain Bazar Ramadan, pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memaklumkan dua Bazar Aidilfitri yang akan dibuka kelak.

Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman berkata, ia akan dibuka di Satok iaitu di sepanjang jalan dari Mita Cake House hingga Hartz Chicken Buffet, Jalan Satok dan Ramadan Unity Bazar di Kompleks Beli- Belah Plaza Merdeka, India Street Pedestrian Mall dan Hotel The Waterfront Kuching.

Beliau berkata, Ramadan Unity Bazar merupakan lokasi baru untuk tahun ini.

“Kita ada dua Bazar Aidilfitri iaitu di Satok dan Ramadan Unity Bazar.

“Ramadan Unity Bazar ini merupakan bazar pertama yang kita luluskan permohonan yang akan dianjurkan oleh pihak Plaza Merdeka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Bazar Ramadan Satok hari ini yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Bazar Aidilfitri Satok akan mula beroperasi pada 23 Mac hingga 9 April 2024 yang melibatkan seramai 130 penjaja menjual barangan tekstil, aksesori, kek lapis, kerepek, serta biskut.

Ramadan Unity Bazar pula akan mula beroperasi dari 21 Mac hingga 7 April 2024 yang melibatkan seramai 80 penjaja menjual makanan, minuman, tekstil, aksesori, kek lapis, kerepek, serta biskut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *