KUCHING: Beberapa jalan akan ditutup bagi memberi laluan acara “Street Parade” atau Perarakan Jalan di Kuching yang akan bermula di Travilion dan tamat di Jalan Tun Abang haji Openg pada Sabtu ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching Ahsmon Bajah, jalan yang terlibat akan ditutup bermula jam 12 tengah hari sehingga acara berkenaan selesai.
“Jalan-jalan yang ditutup kelak ialah Jalan Padungan/Bulatan Sri Aman, Jalan Ban Hock/Bulatan Sri Aman, Bulatan Sri Aman/Jalan Abell, dan Lampu Isyarat Jalan Abell (Hotel Longhouse), Jalan Abell/Susur Keluar ke Jalan Padungan (Jalan Chan Chin Ann), Jalan Song Thian Cheok/Jalan Padungan dan Lampu Isyarat Jalan Bukit Mata/Jalan Tunku Abdul Rahman.
“Selain itu, Lampu Isyarat SK ST Mary/Jalan Susur McDougall/Jalan Wayang, Jalan St. Temple/Jalan Wayang, Jalan Main Bazaar/Jalan Gambir dan Lampu Isyarat Jalan Pearl/ Wawasan/ Jalan Tun Abg Haji Openg juga terlibat sama,”katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sementara itu beliau juga mendedahkan, jalan tersebut juga akan ditutup pada 3 dan 4 Ogos 2023 iaitu Khamis dan Jumaat bermula jam 6 petang untuk sesi raptai acara itu.
Orang ramai yang ingin menyaksikan perbarisan perarakan itu dinasihatkan untuk meletak kenderaan di Reservoir Park, Bangunan Saujana, medan letak kereta Sarawak Plaza, Dewan Suarah, Bangunan Tun Jugah, Bangunan Medan Pelita, medan letak kereta Plaza Merdeka, sekitar bangunan Travilion, kawasan letak kereta Padang Sukan Jubilee dan sekitar kawasan Petanak.
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/