Tempatan

Bekalan elektrik, air di Limbang dan Lawas dijangka capai 100 peratus tahun depan

LIMBANG: Kerajaan Sarawak menjangkakan kemudahan bekalan elektrik dan air di Limbang dan Lawas siap 100 peratus tahun depan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan SRi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, ini disebabkan loji penapisan air yang sedang dalam pembinaan di sini.

“Dijangkakan bermula tahun depan (2025) bekalan elektrik serta air mungkin 100 peratus siap dengan adanya loji penapisan air yang sedang dalam pembinaan dan juga untuk kita bekalkan tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga ini akan menjurus ke Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media setelah selesai lawatan ke tiga tapak projek pembangunan di Bahagian Limbang, semalam.

Abang Johari menambah, Sarawak Energy Berhad (SEB) juga sedang berbincang dengan Brunei kerana negara itu juga berkehendakkan tenaga.

“Sekiranya kita menjanakan tengaa ini sudah tentu kita akan menggunakan grid negeri. Grid negeri akan siap tidak lama lagi dengan adanya penjanaaan tenaga daripada Miri dan Limbang,” ujarnya lagi.

Selain itu, Premier Sarawak juga memaklumkan mengenai kajian yang akan dilakukan untuk membekalkan tenaga sumber kuasa air melata yang terdapat di Sungai Limbang dan Lawas.

Beliau menekankan, kaedah berkenaan tiada kena mengena dengan pengambilan tanah kerana ia menggunakan aliran sungai.

“Ini adalah satu teknologi baharu dan kalau kita lihat negara Kanada, 50 peratus tenaga di negara itu adalah menerusi sumber kuasa air melata dari sungai.

“Ini sudah tentu memberikan masa depan yang cerah untuk Bahagian limbang dan juga Sarawak,” jelas Abang Johari lagi.

Foto: UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *