Tempatan Bekalan minyak RON95 di bandaraya Kuching tidak kurang

Bekalan minyak RON95 di bandaraya Kuching tidak kurang

5

KUCHING: Tular di media sosial kononnya bekalan minyak RON95 di bandaraya Kuching kehabisan.

Keadaan ini telah menyebabkan pengguna panik dan membeli minyak RON95 secara panik pada Selasa.

Susulan itu, wartawan Sarawak News telah turun padang dan membuat tinjauan di beberapa stesen minyak di bandaraya Kuching.

Hasil tinjauan didapati semua stesen minyak yang dilawati masih mempunyai bekalan minyak RON95 dan menjualnya pada kada RM2.05 seliter, dan ini sekaligus menidakkan berita yang tular di media sosial.

Ketika ditemui, pekerja di sebuah stesen minyak memberitahu pihaknya tidak mengalami masalah kekurangan mahupun kehabisan minyak RON 95.

“Ini berkemungkinan minyak lewat sampai ke stesen minyak mereka yang mengakibatkan bekalan minyak habis.

“Sehingga semalam (Isnin), stesen minyak kami tidak mengalami masalah kekurangan minyak dan ketika ini bekalan minyak mencukupi,” katanya.

Previous articleSarawak pertimbang wujudkan Pusat Songket Sarawak di seluruh negeri
Next articleDana Kekayaan Berdaulat Sarawak akan mula beroperasi pada tahun 2024
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here