Menarik Bekas jurukamera menang hadiah utama Borneo FB Live Sales Challenge

Bekas jurukamera menang hadiah utama Borneo FB Live Sales Challenge

70

KUCHING: Bekas jurukamera stesen televisyen swasta pertama negara tidak menyangka dapat membawa pulang wang tunai RM10,000 selepas dipilih sebagai pemenang utama Borneo FB Live Sales Challenge.

Sufri Yusof Shamsudin, 45 tahun berkata, keputusan untuk menyertai cabaran tersebut diambil kerana ingin membantu memasarkan produk usahawan tempatan.

Menurutnya, dia turut gemar bersiaran secara langsung menerusi Facebook melibatkan produk makanan, tempat menarik dan perbincangan isu semasa menerusi My Sufri Channel.

“Alhamdulillah dengan rezeki yang saya perolehi ini. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras selama beberapa bulan ini untuk memasarkan produk usahawan tempatan.

“Platform seperti ini adalah antara cabang baharu dalam memasarkan produk supaya lebih dikenali ramai,” katanya.

Seramai 50 peserta dari Sabah dan Sarawak berentap untuk bersiaran secara langsung menerusi FB untuk mendapatkan jualan tertinggi.

Cabaran tersebut mendapat sokongan Biro Konvesyen Sarawak, MySeni Sarawak dan MAGIC Sarawak.

Koperasi Belia Inovatif Sarawak bertindak sebagai penganjur utama.

Bercerita mengenai pengalaman bersiaran secara langsung menerusi Facebook, dia berkata, memang terdapat cabaran ketika mula-mula bersiaran terutama melibatkan idea untuk meyakinkan pembeli.

“Hasil pengalaman ketika bekerja sebagai orang media dan sering bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat digunakan untuk menjayakan cabaran ini,” ujarnya.

Dia turut berharap agar usahawan muda sekarang tidak kekok dan lebih yakin ketika bersiaran secara langsung menerusi platform media sosial.

“Perasaan malu memang akan ada namun ia akan hilang selepas kita melakukannya berulang kali,” jelasnya.

Previous articleKenaikan tambang perlu kena setimpal perkhidmatan
Next article3 suspek ditahan, 15 saman dikeluarkan dalam Ops Mabuk
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here