Nasional Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsa meninggal dunia

Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsa meninggal dunia

23

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsa meninggal dunia hari ini pada usia 66 tahun di Hospital Dublin, Ireland.

Berita itu disahkan KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Allahyarham yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1958 memegang jawatan KSN dari tahun 2012 hingga 2018.

Sebelum dilantik sebagai KSN, Ali pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian juga sebagai Ketua Penolong Pengarah/ Ketua Unit Perkapalan di Kementerian Pengangkutan.

Allahyarham juga pernah bertugas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 1997 hingga 2009 dan menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Ekonomi Wilayah sejak 2003.

Selain itu, Allahyarham juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Johor Corporation dan Pengarah Bukan Eksekutif Bintulu Port Holdings Bhd.

Allahyarham dilantik sebagai KSN pada 19 Jun 2012 menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat kontrak perkhidmatan pada 23 Jun 2012.

Allahyarham berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat dalam bidang Ekonomi Persekitaran.-ASTRO AWANI

Previous articlePremier Sarawak hadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan masyarakat
Next articleYang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong tiba di Sarawak dalam rangka lawatan dua hari
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here