Sukan

Bekas pemain remaja England perkuat Kuching City FC

KUCHING: Bekas bintang remaja bawah 17 pasukan England, Keanu Marqheal Marsh-Brown sah menyarung jersi pasukan Kuching City FC (KCFC), sekali gus melengkapkan kuota pemain import pasukan itu.

Pemain kelahiran England berusia 29 tahun itu memeterai kontrak bersama KCFC di pejabat kelab itu pada Selasa.

Ia turut disaksikan Pengerusi KCFC Fazzrudin Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KCFC Iswandi Ali Hassan, Pengurus KCFC Kamaludin Akil dan Ketua Jurulatih KCFC Irfan Bakti.

Ketika ditemuramah, pemain di posisi sayap itu tidak sabar untuk beraksi bersama kelab baru itu dan bersedia memberikan yang terbaik untuk membantu KCFC.

Pemain berketinggian 181 sentimeter itu pernah menyertai beberapa kelab sebelum ini dengan pasukan terakhir disertainya adalah East Riffa yang bersaing di Liga Bahrain.

Sementara itu, Fazzrudin cukup gembira kerana pemain yang diburu mereka sejak 2020 telah bersetuju untuk menyarung jersi KCFC.

Katanya, pengalaman yang dimiliki Keanu menjadi aset penting kepada KCFC selain menjadi ‘role model’ kepada pemain muda pasukan itu.

Dalam perkembangan lain, beliau mendedahkan KCFC akan mengadakan perlawanan pra musim menentang PJ City, Negeri Sembilan FC dan Selangor FC bermula 13 Februari ini.

KCFC akan memulakan kempen Liga Premier 2022 menentang PDRM FC pada 7 Mac di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *