Sukan Bekas pemain Sarawak FA, Mohd Azizan Baba meninggal dunia

Bekas pemain Sarawak FA, Mohd Azizan Baba meninggal dunia

25

KUCHING: Bekas pemain Sarawak FA, Mohd Azizan Baba, 41, telah menghembuskan nafas terakhir pagi Selasa selepas menderita bertarung dengan penyakit kanser di paha kirinya.

Sarawak United FC (SUFC) dalam laman Facebook rasminya menzahirkan ucapan takziah buat keluarga bekas pemain Sarawak FA itu.

Allahyarham menyarung jersi Sarawak FA pada musim 2012-2013 dan merupakan salah seorang pemain pasukan itu yang berjaya memenangi gelaran juara Liga Perdana pada 2013 dengan rekod tanpa kekalahan.

Khidmat dan kejayaan cemerlang Allahyarham akan sentiasa diingati oleh semua khasnya penyokong bola sepak Sarawak.

Selain Sarawak FA, Allahyarham pernah mewakili pasukan Johor dan Melaka United.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleFatimah sokong beku akaun bank bekas suami enggan bayar nafkah
Next articleMaritim Malaysia tahan 2 bot tunda bersama tongkang
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here