Nasional Belum terima sebarang usul berkenaan cadangan tarikh PRU-15

Belum terima sebarang usul berkenaan cadangan tarikh PRU-15

6

KUALA LUMPUR: Sebarang perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dibincangkan secara bersama di dalam parti, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Apa-apa pun kita bincang dalam parti dulu. Parti pun belum bincang lagi, saya pun belum terima sebarang usul lagi termasuk dari sayap-sayap yang bersidang hari ini. Malam ini kita ada mesyuarat khas Majlis Tertinggi, kita tengoklah nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tarikh PRU-15 selepas menghadiri jamuan minum petang bersama Naib-Naib Ketua Bahagian sempena Persidangan Agung UMNO (PAU) hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan Mahasiswa UMNO (UMNOSiswa) diketuai Presidennya, Ahmad Al-Mubarak Mohamed Kunyi.

Pada pertemuan itu, Ismail Sabri menitipkan pesanan agar kumpulan itu mengambil peluang dalam memberikan kesedaran politik kepada mahasiswa di negara ini berkaitan perjalanan demokrasi.

Sementara itu, Ahmad Al-Mubarak berkata, UMNOSiswa perlu menyampaikan mesej kepada mahasiwa berkaitan peluang diberikan kerajaan kepada golongan itu, antaranya pelaksanaan Undi 18 untuk dimanfaatkan apabila tiba PRU15 nanti.-BERNAMA

Previous article102 pemohon status kewarganegaraan yang telah diluluskan masih belum menuntut sijil 
Next articleKWSP tidak pernah lantik pihak ketiga uruskan Pengeluaran Khas RM10,000
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here