Tempatan Beritahu saya jika projek tidak patuhi spesifikasi – Timbalan Premier Sarawak

Beritahu saya jika projek tidak patuhi spesifikasi – Timbalan Premier Sarawak

5

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mahukan pemimpin akar umbi memaklumkan kepadanya jika terdapat projek untuk rakyat telah dibuat tidak mengikut spesifikasinya.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, pemimpin terutamanya pada akar umbi seharusnya menjadi mata, suara dan telinga kerajaan.

Beliau berkata, mana-mana projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar, Projek Kecil Luar Bandar ataupun daripada kerajaan pusat, mesti memenuhi spesifikasi Jabatan Kerja Raya (JKR).

“(Projek seperti) pembinaan jambatan, jalan raya dan lain-lain yang diluluskan untuk dilaksanakan, ia perlu memenuhi spesifikasi JKR dari seri penggunaan bahan, kualiti, kuantiti, saiz atau panjang dan lain-lain.

“Semua ini dijelaskan dalam Jadual Bahan kepada kontraktor. Jadi, isu sama ada ia disiapkan tidak mengikuti spesifikasi tidak sepatutnya timbul,” katanya.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata adalah suatu yang menyedihkan jika sesuatu projek itu tidak disiapkan dengan betul, walaupun peruntukan telah pun diberikan untuknya.

“Projek-projek itu sepatutnya untuk dimanfaatkan oleh rakyat. Ia tidak sepatutnya menjadi punca perdebatan dan rasa tidak puas hati antara mereka dan kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Previous articleKhianat atau sengaja dibakar, rumah sama terbakar empat kali
Next articleMalaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan Israel di Masjid Al-Aqsa – PM Ismail Sabri
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here