Nasional Bermula 1 April ini tiada lagi penjarakan fizikal di masjid, surau dan...

Bermula 1 April ini tiada lagi penjarakan fizikal di masjid, surau dan rumah ibadat lain – PM

8

KUALA LUMPUR: Bermula 1 April ini, aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau atau upcara sembahyang di rumah ibadat agama lain boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

Keputusan itu dibuat susulan negara akan beralih kepada fasa endamik pada bulan hadapan.

“jadi, imam selepas ini boleh merapatkan saf kerana kita tidak lagi menetapkan perlu ada satu meter penjarakan fizikal.

“Walau bagaimanapun, di dalam Perlembagaan perkara berkaitan agama Islam terletak di bawah kuasa negeri, di bawah kuasa Sultan di negeri-negeri, walaupun saya sebutkan tiada penjarakan fizikal lagi, itu adalah cadangan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Kalau kerajaan negeri ingin menetapkan, Majlis Agama Negeri tetapkan perlu ada penjarakan fizikal, kita serahkan kepada kerajaan negeri kerana mereka ada hak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya pada sidang media khas di Parlimen pada Selasa.

Turut hadir ialah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Previous articleMalaysia beralih ke fasa endamik bermula 1 April ini – PM
Next articleSempadan negara dibuka sepenuhnya pada 1 April ini – PM
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here