Sukan Biarpun menang ke atas Costa Rica, Jerman tetap tersingkir

Biarpun menang ke atas Costa Rica, Jerman tetap tersingkir

5

JERMAN tersingkir dari saingan Piala Dunia, di sebalik kemenangan 4-2 dicatatkan ke atas Costa Rica di Stadium Al Bayt.

Kemenangan 2-1 Jepun ke atas Sepanyol sah menyingkirkan Jerman, namun, anak buah Hansi Flick memerlukan tiga mata untuk peluang ke pusingan kalah mati.

Juara empat kali itu bagaimanapun menamatkan saingan peringkat kumpulan E di tangga ketiga, dan disingkirkan kerana perbezaan gol.

Jerman mengawal perlawanan sepenuhnya dan meledak gol pertama menerusi tandukan Serge Gnabry pada minit ke-10.

Gol penyamaan Costa Rica hadir pada minit ke-58 diikuti gol sendiri pada minit ke-70.

Jerman jaringkan tiga lagi gol masing-masing pada minit ke-73, minit ke-85 dan minit ke-89.

Kegagalan Jerman dianggap sesuatu yang mengejutkan.

Pasukan itu memulakan kempen Piala Dunia dengan langkah kiri apabila tewas kepada Jepun 2-1 pada aksi pembukaan.

Previous articlePembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak siap sepenuhnya 2024
Next articleGPS harap 4 wakilnya dikekalkan dalam kabinet Kerajaan Perpaduan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here