Tempatan Bintulu bakal mempunyai ART dalam tempoh 5 tahun lagi

Bintulu bakal mempunyai ART dalam tempoh 5 tahun lagi

7

BINTULU: Selepas Kuching, Bintulu akan mempunyai Sistem Transit Aliran Automasi (ART).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang berkata, sistem pengangkutan tersebut kelak mempermudah dan melicinkan pergerakan antara bandar dan pusat industri di Kidurong.

Menurutnya, beliau telah mengasingkan peruntukan bagi membina ART yang akan dibina dalam masa lima tahun ini.

“Dengan meningkatnya aktiviti di Tanjung Kidurong, mahu tidak mahu kita perlu memperbaiki sistem pengangkutan awam di antara bandar Bintulu dengan Tanjung Kidurong dan sistem ini hendaklah kita modenkan dengan pembinaan laluan ART untuk memudahkan dan melicinkan pergerakan antara bandar dan pusat industri di Kidurong,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 500 jemputan dalam Majlis Apresiasi Lembaga Kemajuan Bintulu 2022 di Dinner World Bintulu pada Selasa.

 

Previous articleDeskripsi tugas penjawat awam akan disemak semula
Next articleKerajaan setuju cadangan perintah perceraian, tuntutan nafkah secara serentak
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here