Tempatan

Bintulu Port Holdings Berhad hargai sumbangan media

KUCHING: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) menghargai sumbangan media yang banyak membantu dalam menyampaikan maklumat mengenai perkembangan dan pembangunan Pelabuhan Bintulu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB Ruslan Abdul Ghani berkata, beliau sentiasa memandang rakan media sebagai rakan strategik untuk jangka panjang.

“Kita tidak dapat menafikan peranan media, sama ada media elektronik ataupun media cetak adalah amat penting dalam menyalur maklumat mengenai perkembangan dan pembangunan Bintulu Port.

“Untuk itu, saya bagi pihak syarikat mengucapkan terima kasih kepada agensi Kerajaan, Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak (JaPen), Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Jabatan Penyiaran Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Sarawak Media Group Sdn Bhd dan rakan media dari pelbagai agensi swasta. Semoga ukhwah dan silatulrahim yang terjalin baik selama ini akan berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Bintulu Port: Malam Apresiasi Media di sebuah hotel di sini semalam.

Ruslan menambah, Malam Apresiasi Media Bintulu Port bukan sekadar majlis makan malam, malah ia merupakan majlis pengiktirafan kepada semua pengamal media, wartawan, agensi kerajaan dan swasta yang sentiasa menyokong program anjuran syarikat Bintulu Port dalam menyebarkan publisiti ke atas program yang telah dilaksanakan Bintulu Port sepanjang tahun 2023.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *