Tempatan BMC Miri jalankan pembedahan implan koklea adik Dayang Irdina, pertama di Utara...

BMC Miri jalankan pembedahan implan koklea adik Dayang Irdina, pertama di Utara Sarawak

10

MIRI: Dayang Irdina Awang Ahmad Tarmizi, 4 tahun, merupakan pesakit pertama yang menjalani pembedahan implan koklea di Borneo Medical Centre (BMC) Miri hari ini.

Ini juga merupakan hari bersejarah untuk BMC Miri kerana terpilih sebagai hospital swasta pertama di bahagian utara Sarawak untuk program itu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus yakin Dayang Irdina dapat mendengar seperti kanak-kanak lain.

“Anak ini akan dapat mendengar nanti, Insya-Allah,” katanya.

Datuk Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berterima kasih kepada syarikat implan pendengaran Hearing Concept kerana menawarkan harga subsidi peralatan dalaman dan luaran implan koklea pendengaran dua hala kepada RM80,000.

Selain itu, sejumlah RM30,000 juga diperlukan untuk menampung kos tambahan minimal melibatkan pentadbiran, logistik, jaminan 10 tahun, audiologi dan pemulihan pertuturan dengan jumlah keseluruhan RM110,000.

Turut memberikan sumbangan BMC Miri sebanyak RM30,000 bagi menampung kos pembedahan.

Sementara itu, Pengerusi BMC Miri Dr Matthew Kho berkata, esok (Sabtu) merupakan hari istimewa untuk mereka kerana dapat melaksanakan pembedahan implan koklea yang pertama.

Bagi ibu,  Yalizawati Maon berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak atas keprihatinan dan kasih sayang untuk memulihkan kembali pendengaran anaknya.

Dayang Irdina didiagnosis mengalami kehilangan pendengaran di kedua-dua telinga pada November 2021 di Hospital Miri.

Sepasang alat bantuan pendengaran berkuasa besar diletak di belakang telinganya pada 23 Disember 2021.

Previous articleKeluarga tambahan Seberang Hilir terjejas oleh projek Darul Hana akan ditempatkan di kawasan Sungai Bedaun
Next articlePremier Sarawak kongsi teknologi hidrogen di Belanda
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here