Sukan

Bonnie Bunyau Gustin berjaya genggam emas lagi di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para di Dubai

DUBAI: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi menyenaraikan nama Malaysia di peringkat dunia powerlifting dengan meraih pingat emas pada Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia 2024 di Dubai semalam.

Prestasi cemerlangnya terukir menerusi angkatan terbaik seberat 218 kilogram (kg) dan jumlah angkatan keseluruhan 644 kg menjadikan beliau juara pada kategori 72 kg.

Anak kelahiran Sarawak itu menewaskan Mark Swan dari Great Britain yang meraih perak dengan angkatan terbaik 213 kg dan Hu Peng dari China yang meraih gangsa dengan angkatan terbaik 211 kg.

Mark dan Hu masing-masing mencatatkan jumlah angkatan keseluruhan 621 kg dan 620 kg.

Kemenengan Bonnie di Dubai tahun ini merupakan kemenangan ketiganya dalam kejohanan berprestij tersebut, menambahkan lagi kegemilangan selepas dua edisi sebelumnya di Dubai dan Bangkok pada tahun 2021.

Prestasi luar biasa ini sekali lagi memperkukuhkan statusnya sebagai jaguh powerlifting negara.

Kredit foto: MSN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *