Tempatan

Bonus tambahan kepada penjawat awam Sarawak hujung tahun ini

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memberi bayangan penjawat awam akan mendapat bonus tambahan pada hujung tahun nanti.

Katanya, hasrat itu bertujuan untuk membantu rakyat menambah sumber kewangan agar mencukupi untuk menyediakan keperluan anak-anak yang bersekolah.

“Katakan setiap tahun kerajaan Sarawak memberi insentif berjumlah sebulan setengah gaji dan daripada jumlah tersebut kita akan tambah lagi bonus bagi menggantikan bonus yang sebelum ini diterima pada setiap Hari Raya Aidilfirti,” katanya ketika berucap pada Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2023 di Wisma Bapa Malaysia di sini, pada Jumaat. 

Tambah Abang Zohari lagi, kabinet Sarawak juga bersetuju menggantikan insentif raya kepada bonus pada setiap hujung tahun.

“Pendekatan saya berbeza berbanding negeri-negeri lain, dan saya percaya ia akan memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini,” tambahnya. 

Mengulas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, beliau menyeru kepada rakyat agar berbelanja dengan berhemah pada setiap kali musim perayaan bagi menjamin kestabilan kedudukan kewangan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *