Nasional BP3.0 akan pertimbang kaedah-kaedah perolehan secara penswastaan – PM

BP3.0 akan pertimbang kaedah-kaedah perolehan secara penswastaan – PM

3

KUALA LUMPUR: Blueprint Perumahan 3.0 (BP3.0) akan mempertimbangkan kaedah-kaedah perolehan secara penswastaan seperti ‘bina-pajak-senggara-pindah’ (BLMT) atau land swap (pertukaran tanah).

Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia bagi mengimbangi bebanan kewangan yang perlu ditanggung bagi memastikan perlaksanaan BP3.0 dalam menyiapkan baki keperluan 12,733 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) seluruh negara menerusi lima fasa bermula 2023 hingga 2030 terlaksana.

“BP3.0 adalah projek perumahan jangka panjang Kementerian Pertahanan yang menitikberatkan kebajikan warganya, perancangannya cukup besar dan meluas yang bukan sahaja menuntut komitmen dan kesungguhan yang tinggi, malah memerlukan kerjasama yang erat daripada semua pihak yang terbabit.

“Matlamatnya adalah untuk memastikan lebih banyak RKMAT dibina dan diselenggara, lebih banyak rumah mampu milik dibina, dan lebih ramai veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diberi rumah baharu dan ditambah baik kediaman mereka yang sedia ada,” katanya ketika merasmikan BP3.0 Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Jelas beliau lagi, lima projek perumahan RKMAT yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), membuktikan kerajaan komited menjadikan Agenda Perumahan Kementerian Pertahanan sebagai keutamaan dalam perancangan pembangunan negara.

Katanya sejak 1 Jan lepas lima projek RKMAT yang melibatkan 672 unit pelbagai kelas telah disiapkan iaitu RKMAT Kem Segamat di Johor, RKMAT Kem Oran di Perlis serta RKMAT Kem Pakit dan Kem Sri Miri, Sarawak manakala RKMAT Kem Tok Jalai di Kedah akan diduduki dalam masa terdekat.-ASTRO AWANI

Previous articleKerajaan tidak pernah tuntutan waris Kesultanan Sulu
Next articleSkuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) negara melangkah ke pentas akhir Kejohanan B-19 AFF
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here