Tempatan Cadangan naik taraf Masjid Darulhana Patingan akan dikemukakan kepada Premier Sarawak

Cadangan naik taraf Masjid Darulhana Patingan akan dikemukakan kepada Premier Sarawak

7

KUCHING: Cadangan untuk menaik taraf Masjid Darulhana Patingan akan dikemukakan kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Datuk Ibrahim Baki berkata, meskipun Premier Sarawak sudah mengetahui cadangan itu, namun perbincangan lanjut mengenainya termasuk kos perlu diteliti sekali gus mendapat persetujuan daripadanya.

Katanya, apabila projek menaik taraf itu berjaya direalisasikan, ia akan menjadi mercu tanda baharu di kawasan Satok. 

“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya bangga kerana ia akan menjadikan Masjid Darulhana Patingan antara masjid yang canggih kerana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini. 

“Setelah melihat tayangan video cadangan projek naik taraf itu, saya teruja melihatnya kemudahannya yang serba lengkap termasuk apartmen, dewan serbaguna, perpustakaan, kafe dan sebagainya,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika bersama-sama penerima Program Ihsan Ramadan di Masjid Darulhana Patingan, Jalan Datuk Ajibah Abol, Kuching Selasa. 

Terdahulu, Datuk Ibrahim itu turut menyampaikan sumbangan kepada 15 golongan asnaf, Masjid Darulhana Patingan dan Tahfiz Pondok Hidayatul Mubtadiien Wa Tahfizul Quran, Kampung No.6. 

Mengenai sumbangan berkenaan, Datuk Ibrahim berkata, ia bagi meringankan beban menyambut bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri. 

Beliau turut menzahirkan terima kasih kepada penduduk kampung yang memberi sokongan dan kerjasama untuk membangunkan kawasan Satok. 

Sementara itu Pengerusi Masjid Darulhana Patingan, Zamhari Hashim berkata, masjid itu juga dilengkapi dengan perpustakaan digital, lif, papan cetak elektronik dan bilit sumber teknologi maklumat (IT) serta kesemua ini demi keselesaan penduduk sekitar. 

Hadir sama Penghulu Kampung Patingan Mustapha Wahap dan penduduk kampung.

Previous articleSPRM sahkan tiada unsur rasuah jeti kayu RM50,000
Next articleKKM peruntukan 2,400 dos ubat antiviral COVID-19 Paxlovid keluaran Pfizer untuk Sarawak
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here