Nasional Cadangan pindaan RUU Antilompat parti sudah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri

Cadangan pindaan RUU Antilompat parti sudah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri

9

KUALA LUMPUR: Cadangan pindaan Perlembagaan berhubung larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti sudah dimaklumkan kepada jemaah menteri pada Rabu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun turut memberi penjelasan kepada jemaah menteri berkaitan pindaan Perlembagaan itu.

Katanya, tiada bantahan terhadap draf berkenaan dalam kalangan jemaah menteri seperti yang dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Namun, jemaah menteri turut membangkitkan dua perkara agar diperincikan dan diperhalusi semula oleh Jawatankuasa Pilihan Khas.

Jelas Wan Junaidi, mengikut Peraturan 85 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, maklumat berhubung Jawatankuasa Pilihan Khas tidak boleh didedahkan kepada umum.

Ini kerana ia masih dalam perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Menurutnya, persoalan yang dibangkitkan jemaah menteri hanya akan dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada 7 Jun ini untuk diteliti seterusnya memuktamadkan RUU tersebut.

Previous articlePesara jual wang lama, jana pendapatan sampingan
Next articleMane sudah bersedia ke Bayern Munich
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here