Tempatan Cadangan wajibkan pemaju siap rumah baharu jual

Cadangan wajibkan pemaju siap rumah baharu jual

7

KUCHING: Satu undang-undang baharu atau pindaan kepada undang-undang sedia ada berkaitan isu perumahan perlu diwujudkan di Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini bagi melarang setiap pemaju menjual rumah yang belum siap sebaliknya menjual rumah yang telah siap.

Tegasnya, ini bagi memastikan pembeli rumah diberikan perlindungan yang lebih baik.

“Apa yang penting dalam pindaan undang-undang itu nanti, setiap pemaju tidak dibenarkan menjual rumah melainkan rumah telah siap sepenuhnya.

“Setelah hak milik tanah dikeluarkan, baharu rumah itu boleh dijual kepada pembeli,” katanya.

Ini susulan insiden masalah projek perumahan terbengkalai yang berlaku di perumahan Sentoria Borneo Land sejak beberapa tahun ini.

Isu ini telah pun diajukan kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan berkata, Kerajaan Sarawak akan mengambil alih projek perumahan Sentoria Borneo Land sebaik sahaja masalah berkaitan perundangan oleh pemaju berkenaan dapat diselesaikan.

Previous articleHarga kenderaan di Malaysia dijangka naik
Next articleKelewatan penerbangan, Air Asia akan tambah pesawat secara berperingkat
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here