KUCHING: Cahaya kapal berhias, jet ski dan perahu tambang telah berjaya menarik ribuan pengunjung yang hadir memenuhi Tebingan Sungai Kuching di sini pada Sabtu.
Bukan sahaja pengunjung tempatan dari pelbagai latar belakang malah pelancong dalam dan luar negara turut tidak melepaskan peluang melihat perarakan di sungai berkenaan yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong.
Sebelum perarakan bermula, simbolik perasmian dilakukan dengan persembahan istimewa daripada Polis Marin Wilayah Lima yang dikoordinasikan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ia disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan disusuli dengan persembahan bunga api.
Selepas itu, perarakan yang diadakan sempena sambutan Sarawak Merdeka Ke-60 itu yang menyaksikan persembahan Persatuan Sukan Jetski Negeri Sarawak dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) serta kemudiannya 25 buah perahu tambang diikuti 20 buah kapal berhias.
Selain itu, acara itu turut menyaksikan persembahan barisan artis-artis Sarawak iaitu Ahmady, Yadee Romani, Gabriel Fairuz Louis, Raquel Then, Charlyn Daring, Valerie Thiam serta artis terkenal iaitu Dayang Nurfaizah dan Hafiz Suip.
Hadir bersama Premier Sarawak adalah isteri beliau Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta Timbalan-Timbalan Premier, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri.
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/