Tempatan Calon SPM 2021 positif COVID-19 boleh duduki peperiksaan April depan

Calon SPM 2021 positif COVID-19 boleh duduki peperiksaan April depan

8

KUCHING: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang berdaftar dan tidak dapat menduduk peperiksaan disebabkan positif COVID-19 akan diberi peluang menduduki peperiksaan itu semula pada April depan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak, Dr Norsiah Suhaili berkata, peluang itu akan diberikan kepada 72 orang calon kertas Bahasa Melayu (ujian lisan) yang disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.

Sementara itu, seramai 36,385 calon SPM 2021 di Sarawak mengambil peperiksaan SPM 2021 bermula Rabu sehingga 29 Mac depan.

“Seramai 209 pegawai penyelia kawasan telah dilantik dengan 3,400 pengawas mengendalikan peperiksaan di seluruh negeri,” katanya kepada media selepas meninjau SPM 2021 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph pada Rabu.

Ujarnya lagi, daripada jumlah tersebut sebanyak 93.83 peratus merupakan calon SMK manakala 2.58 peratus sekolah menengah swasta.

Sebanyak 0.87 peratus calon pula merupakan mereka di sekolah di bawah agensi selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 0.07 peratus calon Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 2.65 pertus calon persendirian.

Previous articleTun Pehin Sri Abdul Taib angkat sumpah pelantikan sebagai TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak bagi penggal ketiga
Next articleKawalan harga kit ujian COVID-19, vaksinasi dibahas Ahli Parlimen
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here