Dunia Menarik

Chelsea anjur majlis berbuka puasa pada 26 Mac ini 

LONDON: Yayasan Chelsea akan menganjurkan majlis berbuka puasa atau Iftar Terbuka pada Ahad, 26 Mac di tepi padang dekat Stamford Bridge, yang akan menjadi yang pertama buat kelab dan stadium Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ia diadakan sempena Ramadan iaitu bulan berpuasa untuk umat Islam yang akan disambut bermula Rabu, 22 Mac hingga Jumaat 21 April.

Majlis yang juga acara terbesar di United Kingdom pada Ramadan itu membolehkan orang muslim peluang berbuka puasa bersama-sama selain memberi ruang untuk dialog terbuka.

Beberapa masjid tempatan dan ahli dalam kalangan komuniti Muslim Chelsea seperti penyokong dan pelajar sekolah dijemput hadir selain staf Chelsea FC.

Iftar Terbuka itu akan berlangsung dengan kerjasama Ramadan Tent Project, badan kebajikan yang ditubuhkan pada 2013 bagi menyatukan komuniti dan memberi kefahaman berkaitan Ramadan.

Ramadan Tent Project, yang menyambut ulang tahun ke-10, menganjurkan Festival Ramadan sebagai secara tahunan membabitkan seni, budaya dan kreativiti yang diinspirasikan oleh Ramadan.

Omar Salha, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ramadan Tent Project, Omar Salha berkata: ‘Sejak sedekad lalu, Ramadan Tent Project menggabungkan setengah juta orang daripada pelbagai latar belakang menerusi acara tahunan Festival Ramadan Festival dan acara utamanya, Iftar Terbuka.

“Kami berbangga membawa Iftar Terbuka ke Stamford Bridge, sempena sambutan 10 tahun kami dan tema 2023 “bersama-sama”, dan bekerjasama dengan Chelsea FC yang khusus untuk bola sepak.

“Lebih daripada itu “Kebanggaan London” akan menjadi kelab EPL pertama dalam sejarah menjadi tuan rumah majlis Iftar Terbuka.” -AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *