Sukan Chelsea berisiko bankrap Jun ini

Chelsea berisiko bankrap Jun ini

13

LONDON: Pemilik Chelsea, Roman Abramovich diberikan tempoh 81 hari untuk menjual kelab itu atau kelab itu berisiko bankrap.

Kerajaan British menguasai kelab Liga Perdana Inggeris itu selepas jutawan Russia berkenaan diletakkan dalam senarai penggantungan United Kingdom.

Selepas penaja utama jersi Three menggantung kontrak mereka, Chelsea berdepan pula pembekuan wang hadiah Liga Perdana Inggeris dan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

Lesen yang membolehkan kelab berkenaan terus beraksi sehingga akhir musim juga tidak akan diperbaharui kecuali Abramovich bersetuju untuk menjual Chelsea tanpa sebarang keuntungan.

Chelsea perlu mendapatkan pembeli sebelum lesen berakhir pada 31 Mei bagi memastikan kelab itu terus berfungsi.

“Lesen khas boleh dikeluarkan bagi membolehkan penjualan diteruskan. Tetapi Abramovich tidak boleh mendapat sebarang keuntungan daripada hasil jualan berkenaan,” kata jurucakap rasmi Perdana Menteri Britain.

Di bawah lesen berkenaan, Chelsea boleh meneruskan urusan mereka dan membayar gaji.

Namun mereka tidak dibenarkan menjual tiket perlawanan musim ini, serta diarah menutup kedai cenderahati kelab.

The Blues masih boleh menerima bayaran hak penyiaran di bawah kontrak sedia ada bersama Liga Perdana Inggeris dan UEFA, tetapi hadiah kemenangan tidak akan dibayar.

Mereka juga akan dipotong sembilan mata jika kelab bankrap sebelum tamat musim ini.

Larangan ke atas perpindahan pemain turut dikenakan dan kontrak baharu tidak boleh dikeluarkan.

Chelsea juga bakal kehilangan Antonio Rudiger, Andreas Christensen dan Cesar Azpilicueta menerusi perpindahan percuma susulan larangan memperbaharui kontrak itu. – AGENSI

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleAngpau kepada pasangan baharu kahwin, bayi baharu lahir
Next articlePeralihan monsun 14 Mac hingga Mei depan boleh sebabkan bencana alam
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here