Sukan Chelsea henti pikat Ronaldo selepas dapatkan Sterling

Chelsea henti pikat Ronaldo selepas dapatkan Sterling

3

CHELSEA menghentikan minat mereka untuk memikat bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo, selepas melengkapkan proses menandatangani Raheem Sterling.

Sebelum ini, The Blues didakwa sedang berusaha untuk mendatangkan kapten Portugal berusia 37 tahun berkenaan, yang dikatakan sudah memaklumkan hasratnya kepada United untuk meninggalkan Old Trafford.

Bagaimanapun, laporan yang tersebar luas berkata Chelsea mula mengalihkan tumpuan mereka daripada pemain itu selepas mengadakan perbincangan dengan Thomas Tuchel, di mana pengurus itu mahukan seorang penyerang serba boleh menjelang musim depan.

Pasukan yang berpangkalan di Stamford Bridge itu kelihatan tidak akan membeli seorang lagi penyerang selepas sah mendapat pemain kebangsaan England, Sterling, daripada Manchester City setelah Romelu Lukaku dipinjamkan kepada Inter Milan.

Ronaldo, yang dilaporkan turut menerima tawaran daripada Bayern Munich, Napoli dan Paris Saint-Germain (PSG), tidak menyertai sesi latihan United minggu lalu dan tercicir daripada jelajah pramusim The Red Devils kerana perlu menyelesaikan urusan keluarganya.

Laporan di Portugal pula mendakwa sebuah pasukan daripada Arab Saudi telah memberikan tawaran lumayan buat pemenang lima kali Anugerah Ballon d’Or berkenaan tetapi penyerang itu lebih memilih untuk kekal di Eropah dan bersaingan dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL).-STADIUM ASTRO

Previous articleKanada luluskan vaksin COVID-19 untuk bayi dan kanak-kanak, 6 bulan hingga 5 tahun
Next articleSibu International Base Jump kembali
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here