Saturday, March 25, 2023
Nasional COVID-19: Jumlah dirawat di ICU meningkat – Dr Noor Hisham

COVID-19: Jumlah dirawat di ICU meningkat – Dr Noor Hisham

4
KUALA LUMPUR: Jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan peningkatan 176 kes berbanding 155 kes pada Jumaat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham juga berkata, jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan peningkatan iaitu 98 kes berbanding 80 kes pada Jumaat.
“Jumlah kluster aktif COVID-19 juga menunjukkan peningkatan dengan jumlah terkini sebanyak 415 kes berbanding 410 kes sehari sebelumnya.
“Namun kluster baharu pula merekodkan penurunan kepada 11 kluster berbanding 20 kluster pada Jumaat,” katanya dalam kenyataan harian COVID-19 pada Sabtu.
Jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini menunjukkan peningkatan selepas 22,802 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 3,019,163 kes dengan sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 99.54 peratus atau 22,698 kes.
Pesakit kategori 3, 4, dan 5 pula sebanyak 104 kes atau bersamaan 0.46 peratus.
Previous articlePesawat AirAsia melencong ke Kuching, ada seekor ular di ruang penyimpanan barang
Next article10,000 pelajar UPM dibenarkan kembali ke kampus dengan SOP ketat bermula 16 Mac
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here