Dunia COVID-19: Penasihat CDC syor vaksin bayi, kanak-kanak prasekolah AS

COVID-19: Penasihat CDC syor vaksin bayi, kanak-kanak prasekolah AS

3

Penasihat Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mengesyorkan penggunaan vaksin COVID-19 untuk bayi hingga kanak-kanak prasekolah, pada Sabtu.

Keputusan sebulat suara dibuat susulan vaksin koronavirus perlu diberikan kepada kanak-kanak seawal usia enam bulan, bagi melindungi kumpulan terakhir yang masih belum divaksin itu.

Kelulusan terakhir dijangka ditandatangani Pengarah CDC Dr Rochelle Walensky pada lewat Sabtu waktu tempatan.

Walaupun Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) telah memberikan kelulusan mengenai perkara itu, namun CDC yang akan membuat keputusan muktamad.

Kerajaan AS bersedia untuk memulakan suntikan seawal minggu depan dengan jutaan dos telah dipesan untuk diedarkan kepada hospital dan klinik kesihatan di seluruh negara.

Kira-kira 18 juta bayi dan kanak-kanak berusia enam bulan hingga empat tahun akan layak mendapatkan vaksin COVID-19 Pfizer tersebut.

Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana sambutan daripada ibu bapa mengenai langkah terbaharu berkenaan.

Ia susulan kurang daripada satu pertiga kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah mendapatkan vaksin sejak ia dibuka kepada golongan tersebut November lalu.-ASTRO AWANI

Previous articleKerajaan pertimbang insentif fiskal untuk bantu inisiatif 5G syarikat telekomunikasi
Next articleRWMF 2022 beri peluang kenali budaya Sarawak
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here