Saturday, April 1, 2023
Nasional COVID-19: SPM 2021 tetap diteruskan, sekolah akan terus dibuka – Radzi Jidin

COVID-19: SPM 2021 tetap diteruskan, sekolah akan terus dibuka – Radzi Jidin

3
JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan sesi persekolahan akan terus berlangsung, meskipun terdapat peningkatan dalam kes baharu COVID-19 yang direkodkan secara harian pada ketika ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, ia termasuk proses peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang turut akan diteruskan.
Katanya, keputusan itu dibuat berikutan peratusan pesakit baharu COVID-19 yang melibatkan kategori empat atau lima adalah kecil.
KPM juga mengambil kira pengalaman pelaksanaan SPM 2020 pada Februari lalu berjalan dengan lancar berpandukan prosedur operasi standard (SOP) yang lengkap di samping kadar vaksinasi dalam kalangan pelajar yang tinggi dengan lebih 90 peratus pelajar tingkatan 5 tahun ini sudah lengkap divaksin.
“Sebab itu dalam konteks COVID-19 ini kita perlu bergerak ke hadapan dan kami di KPM sentiasa berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Pada masa ini kita dapat teruskan sesi sekolah dengan selamat dan teratur selagi mana segala pihak dalam ekosistem pendidikan ini patuh dengan SOP yang telah ditetapkan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas menghadiri majlis Sesi Libat Urus Bersama Warga Pendidik dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kota Iskandar, di Johor Bahru, hari ini.
Sementara itu, pihaknya turut akan bekerjasama dengan KKM untuk memastikan perjalanan operasi persekolahan dilakukan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Beliau menegaskan, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam menggalakkan anak-anak mereka yang berusia antara 5 hingga 11 tahun untuk mendapatkan suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids). -ASTRO AWANI
Previous articleMaritim Malaysia Zon Bintulu Tahan 3 Bot Tunda, 3 Tongkang Lakukan Aktiviti Pemindahan Barangan Bercukai Menggunakan Dokumen Kebenaran Tamat Tempoh
Next articlePesawat AirAsia melencong ke Kuching, ada seekor ular di ruang penyimpanan barang
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here