Tempatan

Craun Research berjaya hasilkan bahan bio tenaga daripada sisa sagu

KUCHING: Craun Research Sdn Bhd telah berjaya menghasilkan teknologi yang boleh mengitar semula sisa sagu menjadi bahan bio tenaga.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Craun Research, Zaidell Husaini berkata, tenaga boleh diperbaharui itu mempunyai potensi besar untuk diaplikasikan dalam pelbagai industri.

Ujarnya lagi, ia akan membekalkan gas asli secara langsung kepada kediaman di seluruh Sarawak.

“Untuk permulaan, projek ini sedang diusahakan untuk gas asli disalurkan kepada kediaman di Kampung Teh dan Kampung Tabor di Mukah.

“Ia akan dijalankan dalam tahun ini dan Insha Allah akan siap dalam hujung tahun hadapan,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Isnin.

Jelas beliau lagi, idea projek itu telah dicadangkan oleh Premier Sarawak sendiri pada 2019 dan kejayaannya diharap akan dapat membuka ruang inovasi lain untuk dilakukan daripada sisa agrikultur yang berbeza seperti kelapa sawit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *