Tempatan

Cuaca panas tahap satu, masyarakat di Mukah diminta berhati-hati, waspada strok haba

KUCHING: Masyarakat di bahagian Mukah diminta berjaga-jaga berikutan cuaca panas tahap satu yang melanda bahagian itu. 

Memetik TVS, Pengarah Pejabat Meteorologi Sarawak, Khairul Najib Ibrahim mendedahkan kawasan itu mengalami suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius dan dijangka akan berlarutan sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Kementerian Kesihatan Malaysia pun telah mengeluarkan garis panduan berhubung orang ramai tidak digalakkan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti di luar pada waktu siang kerana suhu menunjukan peningkatan ketara.

“Selain itu cara berpakaian juga perlu sesuai terutama kepada kanak-kanak yang bersekolah’, katanya. 

Cuaca panas yang melampau boleh menyebabkan seseorang itu diserang penyakit strok haba khususnya kanak-kanak dan orang tua.

Tanda-tanda strok haba, seseorang itu akan mengalami kejang haba dan kelesuan haba yang antara lain suhu badan meningkat hingga 39 darjah Celcius, jantung berdenyut laju, pening atau sakit kepala dan keletihan yang melampau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *