Tempatan Cubaan menuntut pil dadah tidak kesampaian, penganggur ditahan

Cubaan menuntut pil dadah tidak kesampaian, penganggur ditahan

16

MUKAH: Seorang penganggur diberkas polis di belakang Terminal Bas Jalan Setiaraja selepas cubaan menuntut ‘pil dadah’ yang dihantar menggunakan perkhidmatan pos menerusi bas tidak berhasil.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Mohd Rizal Alias berkata, serbuan telah dilakukan sepasukan anggota Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) selepas suspek yang berusia 32 tahun itu baharu selesai mengambil bungkusan Pos Laju terbabit.

Katanya, selepas ditahan kira-kira jam 1.40 petang, polis merampas bungkusan berkenaan dan pemeriksaan mendapati terdapat satu botol plastik berwarna putih di dalamnya.

“Dalam botol itu berisi sebanyak 1,130 biji psikotropik yang dianggarkan bernilai RM2,260,” katanya menerusi kenyataan media pada Selasa.

Ujar Mohd Rizal lagi, semakan lanjut mendapati suspek turut memiliki tiga rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

“Ujian air kencing yang dilakukan mendapati suspek negatif dadah namun polis percaya penganggur itu terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah sejak Januari 2021,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Previous articlePremier Sarawak terima kunjungan hormat KOKGBS
Next articleAnggota tentera maut, ditikam isteri menggunakan pisau
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here