Tempatan Daripada 9 tuntutan Sarawak, 4 selesai dan 5 lagi masih dalam rundingan

Daripada 9 tuntutan Sarawak, 4 selesai dan 5 lagi masih dalam rundingan

10

KUCHING: Sebanyak lima lagi tuntutan Kerajaan Sarawak bagi mengembalikan hak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63) masih dalam rundingan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, lima lagi rundingan tersebut masih diteruskan.

Manakala, empat lagi tuntutan berkaitan MA63 sudah berjaya diselesaikan dengan baik.

“Antara tuntutan Kerajaan Sarawak yang masih lagi dalam perbincangan ialah berkaitan pentadbiran badan kehakiman di Sabah dan Sarawak.

“Kedua, cadangan pengiktirafan JKR Sarawak, Jabatan Pengaitan dan Saliran Sarawak (DID) dana Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) sebagai jabatan teknik di bawah arahan perbendaharaan.

“Ketiga, cadangan pertambahan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak di Parlimen dan keempat, cadangan keahlian wakil Kerajaan Sarawak dalam Lembaga Pengarah LHDN.

“Kelima, perbincangan mengenai formula semakan pemberian khas di bawah Perkara 112 di Perlembagaan Persekutuan,” katanya semasa menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Datuk Ibrahim Baki Persidangan DUN Sarawak Ke-19 pada Jumaat.

Tegas Datuk Sharifah Hasidah lagi, Kerajaan Sarawak memberi jaminan bahawa Kerajaan Sarawak akan terus mengadakan perbincangan dan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan tuntutan negeri ini dapat diselesaikan dengan jayanya.

Dalam pada itu, Kerajaan Sarawak telah mengemukakan cadangan calon ahli di dalam keahlian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

Katanya, ini untuk memastikan Kerajaan Sarawak mengetahui kedudukan kewangan negara.

“Selain itu, ia juga membantu Kerajaan Sarawak dalam perbincangan dan rundingan berkenaan pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Bagaimanapun Kerajaan Sarawak masih belum lagi meneri,a maklum balas mengenainya. 

Previous articlePelajar lepasan Kolej Vokasional punyai peluang cerah dapat pekerjaan selepas tamat pengajian
Next articleKeputusan Mbappe buat La Liga berang
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here