Tempatan Dato’ Aidil lakukan kunjungan perpisahan ke atas TYT Sarawak

Dato’ Aidil lakukan kunjungan perpisahan ke atas TYT Sarawak

7
KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Aidi Ismail telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di kediaman rasminya pada Rabu.
 
Kunjungan tersebut sebagai tanda penghormatan serta lawatan perpisahan dengan beliau akan berpindah ke Bukit Aman.
 
Beliau akan berpindah ke Bukit Aman selepas dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Polis Diraja Malaysia berkuatkuasa 22 Februari depan.
 
Untuk rekod, Datuk Aidi Ismail mula dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak menggantikan Datuk Ramli Din, berkuat kuasa, 18 Februari 2020.
 
Aidi, 56 tahun sebelum ini adalah Ketua Polis Terengganu dan beliau menggantikan Ramli yang mengambil alih tugas selaku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada 7 Februari 2020. -SN
Previous articleCOVID-19: Kes positif global lepasi 405 juta, korban 5.78 juta
Next article1,371 dos vaksin telah dihantar ke fasiliti kesihatan seluruh bahagian Miri
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here