Tempatan Dato Idris Buang dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Sarawak baharu

Dato Idris Buang dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Sarawak baharu

2

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang baharu.

Dato Idris, 68 tahun dilantik bagi menggantikan Datuk Gerawat Gala yang dilantik sebagai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek).

Beliau telah mengangkat sumpah jawatan dalam satu majlis khas di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak  baharu, yang dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Jumaat.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN) Sarawak lepas, Dato Idris berjaya mempertahankan kerusi DUN Muara Tuang dengan majoriti 8,578 undi, menewaskan tiga pencabar lain.

Beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak dan mula bertanding di DUN Muara Tuang pada 2016 selepas persempadanan semula kawasan DUN dengan penyandang kerusi tersebut, Datuk Seri Ali Mahmud berpindah ke kawasan DUN Stakan.

Previous articleBantuan dermasiswa ringankan beban ibu bapa hantar anak ke IPT
Next articleAkta Perlembagaan (Pindaan) 2022 atau Akta A1642 berkuat kuasa pada 11 Februari 2022
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here