KUCHING: Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg mengetuai 79 ADUN Sarawak mengangkat sumpah di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.
Kesemua ADUN Sarawak ini mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dalam Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Ke-19.
Sementara itu, tiga ADUN Piasau iaitu Datu Sebastian Ting, ADUN Kuala Rajang Datu Len Talif Salleh dan ADUN Repok Dato Sri Huang Tiong Sii tidak hadir ke persidangan itu kerana masih menjalani kuarantin.
Dalam perkembangan sama, persidangan kali ini juga menyaksikan 18 wakil rakyat baru akan membuat penampilan pertama dalam Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Ke-19.
Persidangan ini juga menyaksikan suasana, landskap dan iklim persidangan berbeza apabila berkurangnya ahli di blok pembangkang dan kali ini ketua pembangkang diketuai ADUN Bawang Assan Datuk Seri Wong Soon Koh.
Sementara itu, ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan.
Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Ke-19 ini merupakan yang pertama diadakan selepas Pilihan Raya Negeri Negeri Ke-12 (PRN12) dan diadakan selama tiga hari bermula Isnin, 14 hingga 16 Februari 2022.
Pada Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Ke-19 ini juga menyaksikan tiada soalan termasuk penggulungan menteri bagi memenuhi Perkara 21 (4) Perlembagaan Negeri Sarawak.