Tempatan DBKU pelawa orang ramai isi kekosongan bazar Ramadan Mydin Samariang

DBKU pelawa orang ramai isi kekosongan bazar Ramadan Mydin Samariang

9

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mempelawa orang ramai yang berminat berniaga di Pusat Membeli Belah Mydin Samariang agar mengemukakan permohonan lengkap.

DBKU dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan sebanyak 32 baki kekosongan petak sepanjang Ramadan bermula 3 April ini.

Mereka yang berminat boleh datang sendiri untuk urusan pendaftaran di Bahagian Perlesenan, Aras 1, DBKU @ Depo, Jalan Depo Kuching.

“Pemohon perlu mengemukakan dua keping gambar berukuran pasport untuk pemohon dan pembantu, satu salinan kad pengenalan pemohon dan pembantu, satu salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan pemohon dan pembantu dan satu salinan sijil vaksinasi  OVID-19 lengkap dua dos (MySejahtera) pemohon dan pembantu serta yuran pembayaran secara tunai.

“Tarikh permohonan pada 29 Mac hingga 31 Mac 2022 bermula jam 8:30 pagi hingga 3:00 petang manakala yuran yang perlu dibayar ialah RM150 bagi jualan makanan dan minuman dan RM200 untuk jualan panggang.

“Setiap pemohon hanya boleh membeli satu ruang tapak sahaja bagi satu kawasan dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan,” jelas kenyataan itu lagi.

Bagi pemohon yang berjaya dikehendaki mengemukakan satu salinan laporan Pemeriksaan Kesihatan beserta suntikan ‘typhoid’ (vaksin kepialu) pemohon dan seorang pembantu dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pembelian tapak.

Selain itu, kad pengendalian makanan akan dikeluarkan dan caj RM10 akan dikenakan untuk setiap pemohon dan pembantu.

Previous articleKerajaan bincang bantu syarikat swasta dari Malaysia terlibat dalam pelaburan di Indonesia
Next articleKuota haji untuk rakyat Malaysia berkemungkinan tidak akan ditambah pada tahun ini
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here