Sukan Diogo Jota dan Alisson bakal terlepas aksi pembukaan musim bersama Liverpool

Diogo Jota dan Alisson bakal terlepas aksi pembukaan musim bersama Liverpool

5

SINGAPURA: Diogo Jota dan Alisson bakal terlepas aksi pembukaan musim selepas masalah kecederaan mula membelenggu skuad Liverpool kendalian Jurgen Klopp.

Kedua-dua pemain berkenaan tidak beraksi ketika kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace dalam aksi persahabatan pra-musim di Singapura.

Klopp sudah akur tidak dapat menggunakan khidmat penyerangnya, Jota untuk pertembungan Perisai Komuniti menentang Manchester City pada akhir bulan ini.

Kini dia juga terpaksa menerima hakikat jika penjaga gol utamanya, Alisson juga tidak dapat beraksi.

“Ali, saya rasa, dia mempunyai peluang untuk City tetapi tidak Diogo. Ali mengalami ketegangan otot di bahagian abdomen. Ia tidak serius, tetapi kami perlu membuat persediaan.

“Dia boleh berlatih tetapi tidak seperti sebelumnya, jadi buat masa sekarang dia tidak dapat bermain. Saya harap ia tidak berpanjangan,” kata Klopp.

Dengan pembelian baharu Darwin Nunez masih mencari rentak, dan Sadio Mane sudah berpindah ke Bayern Munich, Jota menjadi harapan untuk membarisi jentera serangan Liverpool.

Anak buah Klopp bangkit menewaskan Palace selepas dibelasah 4-0 oleh Manchester United di Bangkok.

Jordan Henderson dan Mohamed Salah meledak gol pada perlawanan yang menyaksikan Klopp menurunkan tiga skuad berbeza membabitkan 32 pemain. -AGENSI

Previous articleKawal perjalanan luar negara jimat belanja kerajaan – MoF
Next articleEriksen kini sah milik Manchester United
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here