Tempatan

Dr Hazland sumbang RM30,800 kepada pelajar IPT, asnaf & warga emas tiga kampung

KUCHING: Sejumlah RM30,800 sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abg Hipni telah diagihkan kepada seramai 68 orang di Masjid Misbahul Huda, Kampung Semilang pada Jumaat lepas.

Menurut satu kenyataan pada Selasa, para penerima merupakan penduduk tiga buah kampung di Tanjung Embang iaitu Kampung Semilang, Kampung Beradek dan Kampung Tiang Api.

Penerima sumbangan melibatkan pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT), pesakit kronik dan waris kepada arwah yang menerima khairat kematian.

Untuk penerima dari pelajar IPT, ia melibatkan seramai 13 orang penerima yang terbahagi kepada dua kategori sumbangan iaitu pelajar Sarjana Muda dan Diploma di mana seramai dua orang kategori sarjana muda dan selebihnya kategori diploma.

Bagi kategori pesakit kronik pula, ia melibatkan seramai 37 orang penerima.

Sementara kategori khairat kematian, seramai 18 orang waris kepada arwah telah menerima sumbangan.

Dr Hazland yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak berharap, sumbangan berkenaan dapat membantu mengurangkan beban hidup penerima.

Beliau turut menasihati para penerima supaya menggunakan sumbangan tersebut dengan cara berhemah.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

X : https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *