Nasional Dr. Rafidah bidas Mawi berkenaan masalah buah pinggang

Dr. Rafidah bidas Mawi berkenaan masalah buah pinggang

14

PETALING JAYA: Pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman, Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah membidas kenyataan penyanyi dan pengarah filem, Mawi yang berkongsi keberkesanan mengamalkan jus minuman dalam mengatasi masalah buah pinggang.

Menurut Dr. Rafidah, penerangan yang diberikan selebriti tersebut tidak benar dan hanya sebagai publisiti untuk melariskan produk yang dijual.

Menurut Dr. Rafidah, penerangan yang diberikan selebriti tersebut tidak benar dan hanya sebagai publisiti untuk melariskan produk yang dijual.

“Salam Mawi, kenapa perlu menipu pesakit-pesakit kronik saya?.

“Perbuatan ini sudah salah dari segi Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956,” katanya dalam satu ciapan di Twitter semalam.

Sebelum ini, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani telah munculdalam sebuah video berkongsi kelebihan sebuah jenama jus minuman yang boleh merawat penyakit buah pinggang dan masalah kronik lain.

Mawi juga menceritakan pengalaman keluarganya sendiri yang juga merupakan pengamal jus minuman tersebut dan berjaya kembali sihat dari pelbagai penyakit dalaman.

Bagaimanapun, Dr. Rafidah kekal membidas penjelasan yang dibuat penyanyi berkenaan dan meminta agar semua selebriti perlu memahami panduan dalam pengiklanan produk kesihatan terlebih dahulu.

“Tak payah nak cerita tentang kenyataan yang menipu dan menunggang agama.

“Adakah semua artis atau selebriti tidak beretika? kan ada panduan untuk selebriti yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) keluarkan, sila baca betul-betul, cukup-cukup menipu orang-orang tua,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Previous articleBaju raya RM20,000 tertumpah kuah sate
Next articleRangka Tindakan Sarawak Lestari langkah strategik pacu pertumbuhan Sarawak
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here